Thursday, August 26, 2010

angin




Cinta yang datang bagaikan angin, perginya jua seperti angin..
Hidup diselitkan dengan pelbagai perpisahan, namun ia menghuraikan keindahan dan kenangan cinta yang pendek..

Isnin Uitm 2009

“Okeyh presentation proposal concept plan bersambung lepas rehat
Pukul 11 masuk balik”, en joe selaku studio master bagi break sama haku dan rakan sekelas.
Seorang yang sukar diramal sikapnya.

“piiii” sahabat ku menegur…
“Pahal z?”.bertanya walaupun tau apa tujuan aku dipanggil..
“camnie r kua xajak!”,
“ah kau ingat ko awek aku ke nk dijemput-jemput, sentap macam pompuan, ingat aku nk pujuk!”.

“Hehe.. sap rokok lu bru break”.. jalan bermengah-mengah dengan badan yang agak besar cam kaki pukul. Lagaknya berjalan seperti berani dalam gelap, takut dalam terang..
“Hahaha aku taula. port biase bilik termenung”…. “fiq ko lepak lu kat cafĂ© nant aku datang”. berpesan terhadap sahabatku yang mengiringiku keluar kelas.
“Okey”.pendek sambutannya

Bilik termenung @ tandas blok annex II falkuti perancangan, senibina dan ukur
10.10am

“Pi ko bley nk ade awek?” asap berkepul2 memenuhi ruang, umpama udara yang berharga mesti diperoleh. Sungguh khilaf.
“Aku terlalu macho untuk ade awek hahaha”. Imbauan terlontar kebelakang waktu. Saat itu seperti semalam berlalu.segar dalam duka.haha. mencari2 sang setia yang sesat entah hilang kemana.

“Macho lu ley simpan dalam lockerla”..
“ade awek xmarketla der..hahaha” dalam tawa ada tangis. Memalukan.
Asap dihembus membelai muka membawa pergi kenangan lalu..

Berpisah adalah salah satu wajah cinta..

Tadi bru prolog. Nie bab 1 haha.

Bagi Butter paper segulung!
Awak, Board A3 tiga!
Nk Artline 0.1 sebatang!

Kini aku berada di kiosk. Suasana hingar bingar..
Masing-masing mencuri masa menyiapkan proposal juga mungkin..

Dalam keadaan suasana riuh rendah masa terhenti.. mata seperti tiada kelopaknya.
Melihat satu penjuru yang bisa menggugurkan jiwa..

“woi, kalau kau berani tegurlah”… suasana berkecai kembali seperti sediakala..
“kacau r ko z. taman dalam hati bru bergegar”.. pertama kali ku melihat wajahnya sukar digambar perasaan waktu itu..
“itu pun kalo dapatlah.haha.” menyalakan api di tempat berminyak..
“kasar tu der. Ini sopi anak yadi la”..

Mata bertentang, mata seolah-olah berbicara,hati pula berkata-kata biarpun tidak diluahkan.hanya fikiran sahaja mengarang bermacam-macam ayat pertuturan.

“Ahh belum cuba belum tahu’.monolog dalaman berbisik..

“Hye saya saufy..
Saufy abadi….

Erk saye..
Saye xconfident tapi buat2 confident
Saye xberani tapi buat2 berani..
Saye xhensem tapi buat2 hensem…
Saye xgentle tapi buat2 gentle..”

“So..
Boleh saye berkenalan??
Hehehe”…

Amacam permulaan ayat aku ok x?
Hahaha
“Xmalu ko sopi”.suara hati menggeletek… dari mana kekuatan itu muncul aku pun xtau..

Otak ligat merangka ayat yang bisa menggegar kalbu si hawa

“Ermm….
Kalau dijadikan mata ini tiada penutupnya
Akan ku tatap wajah mu selama mana…
Cewah Hehe”..

Ley cair x?
Hahahhaa

Tapi xterluah jua.. terlalu awal mungkin…

Matanya besar bulat bersinar, bertudung litup, roman wajah yang polos, ayu. Bulu mata yang agak tebal, bibir mekar, berkulit putih… aduhhh…
Berdebar... hehe

Tiada jawapan darinya..malu bertakung.haha .Masa berlalu terlalu pantas lalu aku pergi..
“Ada jodoh kita jumpa lagi”. Hati berbisik…
“Esok lusa ada lagi”……



Esok yang entah bila semalamnya…

“apakah harta kekayaan boleh membeli cinta yang benar-benar tulus?” sesekali menduga..
“tak, ia merupakan sebahagian dari rasa bahagia manusia. Ia merupakan ukuran setiap manusia”. Lancar bahasanya..

Adakah ungkapan ini benar-benar tulus dari hati..
Atau sekadar sandiwara…

Ia datang bagaikan angin….. nyaman..bahagia
Dan waktu itu..

Woman if you kiss her, you not gentleman. If you don’t, you are not a man.

Lumrah..
Perasaan mendahului akal..

Semester 6

Perpisahan semakin mendampingi, namun kita tidak perasan kehadirannya.. berhadapan dengan orang yang tercinta… sedikit demi sedikit…semakin pudar..
Siang dan malam aku teruskan bertanya
Sampaibilakah..

Ya ia pergi jua bagaikan angin….
Mungkin asbab datangnya bagaikan angin…

Cinta lama
Biarkan ia terus berlalu bagaikan mimpi hilang dimata..

Hari ini..

Hari ini aku gembira..
Cuma sesekali sunyi bertandang…
Cuma sesekali rindukan sang setia.. hilang kemana..
Pulanglah agar aku benar-benar bahagia…

Aceceh hahaaha
Cam haram je tulis bende nie haha..

8 comments:

  1. hahaha. sopi sopi.

    ReplyDelete
  2. sepi seorang perindu sang setia.
    :DD

    ReplyDelete
  3. weyh kekasih lama hahaha

    ReplyDelete
  4. kekasih awal dan akhir........ :))

    ReplyDelete
  5. pi.. aku benci laa...
    hahahahahahaha

    ReplyDelete
  6. aku xsuke novel. tapi aku suke cerita mcm dlm novel kau ni. :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous11/11/10

    jiwang la lu bro..

    ReplyDelete