Monday, May 5, 2014

aku bukan zahiril

prolog

aku tak pandai menulis,
lalu aku cuba dan terus cuba kerana
hatiku tenat memendam rasa
kasihan..hilang arah..lembik..
terlalu berjiwa
karna aku asyik berfantasi,
merantai memori, mencipta mimpi
berpuitis melupakan realiti

sedang satu dunia meratapi kesedihan
kehilangan, konspirasi, kematian
satu dunia bersedih, berduka
takdir itu telah tertulis
yang kuat percaya, redha
yang lemah teriak mengapa diduga
tidak terkata, duka..

lalu tragedi yang menimpa diadaptasi melalui tinta cinta
bagaimana rasa kehilangan
bagaimana penantian penuh debaran
diakhiri duka yang terkesan dalam jiwa

aku percaya tuhan sentiasa memberi kita pilihan
dan hidup ini tentang keseimbangan,
ada yang perlu kita lepaskan
untuk kita mendapatkan sesuatu yang lebih baik..