Tuesday, November 11, 2014

Penghuni jiwa

Hilang rusuk.. Mencari arah.. Diam.. Menanti.. Bayang itu asyik mengekori.. Detik silih berganti.. Tidak pernah leka mengetuk mimpi.. Apatah lagi jaga berdiri..Tiada apa lagi hendak di ungkap.. Di kenangkan.. Ya kasihan.. Yang pasti jiwa itu masih subur.. Ditanam rapi.. Biarpun dibiarkan kosong ruang itu.. Pergilah berlari mengejar mimpi.. Mencari kebahagian yang dicari.. Sampai saat tiada arah untuk berlari... Segala yang diingini tidak bererti.. Dan duri silih berganti.. Pulanglah.. Kerna ruang itu masih kosong disimpan rapi.. Menunggu tuan yang asyik berlari...                                    
Selamat hari lahir penghuni jiwa.

Monday, May 5, 2014

aku bukan zahiril

prolog

aku tak pandai menulis,
lalu aku cuba dan terus cuba kerana
hatiku tenat memendam rasa
kasihan..hilang arah..lembik..
terlalu berjiwa
karna aku asyik berfantasi,
merantai memori, mencipta mimpi
berpuitis melupakan realiti

sedang satu dunia meratapi kesedihan
kehilangan, konspirasi, kematian
satu dunia bersedih, berduka
takdir itu telah tertulis
yang kuat percaya, redha
yang lemah teriak mengapa diduga
tidak terkata, duka..

lalu tragedi yang menimpa diadaptasi melalui tinta cinta
bagaimana rasa kehilangan
bagaimana penantian penuh debaran
diakhiri duka yang terkesan dalam jiwa

aku percaya tuhan sentiasa memberi kita pilihan
dan hidup ini tentang keseimbangan,
ada yang perlu kita lepaskan
untuk kita mendapatkan sesuatu yang lebih baik..

Thursday, May 31, 2012

resah



















tak semua bisa ditutur sempurna yang kita rancang
setepat yang kita inginkan

adakala menulis kata2 yang lahir dari hati itu lebih mudah
untuk memberikan sepenuh pengertian tentang apa yang selama ini
yang telah tersirat.

tiada apa yang menarik yang mahu dikongsi
atau kata2 puitis seorang lelaki yang kononnya misteri
sengaja menyepi
sengaja menjauhi
dengan ruang peribadi yang kononnya penuh emosi


tika ini, lampu kalimantang berkelip-kelip menandakan?
ia akan terpadam..
sampai bila waktunya??....

umpama hidup tika ini.. cahaya umpama sinar..
akhirnya??
adakah sinar bagiku?...

kalau dapat ku undur masa...
kalau dapat ku ubah segalanya..

kalau..

kalau itu takdirNya mengapa perlu diratapi...
kalau...

setiap malam ku tungu panggilanmu
resah hati ku menanti
walau pun sehari tak ku dengar suaramu
hati rindu
ku terasa dunia ini bagai terhenti
-arrow-

benar kata mereka
datang xdijemput
pulang xdihantar..
jiwa muda mengagungkan rasa cinta
cinta dunia
cinta manusia

caramu bukan caraku
umpama menarik benang

kadang-kadang mungkin terputus
kadang-kadang mungkin berdarah
terhiris mungkin
bunyinya enteng
tetap sakit..

resah
terawang-awang
tidak mencapai ke langit
tidak terpijak di bumi

fikiran langsung tidak selari perasaan
perasaan mendahului firiran

syukur padamu tuhan
menjadikan fikiran diatas perasaan
memberikan aku kesabaran
memberikan aku kesetiaan


-subuh-





Tuesday, April 17, 2012

monolog pengarang jantung

hingga malam
semakin larut
aku masih xpenat juga
menekur jalan yang xpasti
sekadar menepis rasa gelisah
walau diri berhias senyum
namun hati xpernah tenteram
tentang kejujuranmu kepadaku
sehingga apa
kita mampu mendaaki
rasa cinta kasih
dan kesungguhan
namun bila hati terpisah
beri kepastian agarku lebur semua
ku akui kesalahanku
selalu ingin memiliki
dan engkaupun xpernah terbuka
untuk menghalau segala prasangka..

Friday, December 24, 2010

ini bukan fasal aku tapi fasal 'dia'



lontaran pandangan setiap inci lebuhraya
fikiran tidak seiring dengan pandangan mata

kala ini hatinya bagai diramas-ramas
enggan mengakui hakikat itu secara nyata..

angin....
sejuk sehingga menembusi lapisan kulit..
meramas-ramas tulang belakang

di depan orang bermanis wajah, dibelakang orang berwajah mencuka.
padamnya hasrat yang menyala bila ditenggelami punca
rasa pilu yang menjalar menggores naluri
sejuta sesal terluah di dada
menehan gumpalan keluhan
sekadar nafas halus terhembus keluar dari dada

suara bergetar menahan sendu yang semakin menghimpit dada
termangu tidak terkira

suara hati sempat bergumam
sekadar nafasnya menderu menghembus udara yang membeku di dada

sunyi bertandang, hati rawan
berwajah rupawan berhati walang

usah bangga dengan dosa-dosa
kerna ia pasti merosakkan jiwa, membutakan mata hati,
memadamkan mata fikiran

masa silam berkubur tanpa nisan
bicara hati
runtuhnya benteng peribadi karna
hasutan kota, perasaannya di atas kepada
.........

dia kembali bersemangat setelah jiwa raganya hampir-hampir lumpuh
suka atau tidak sekadar membentuk di dalam hati sahaja..

dia .. wanita..
teruskan hidupmu si hawa..

pekebende lah hahahahaha

Thursday, November 4, 2010

Sory r beb aku slalu tulis bende-bende yang menggelikan bulu ketiak je haha
menjadi sang perindu yang merindui sang setia… hahaha

“rindu aku pada kamu”

[Monolog luaran]..
“Apa ertinya rindu?”… hati bergolak..
“Di manakah hati?”… “yang BENAR-BENAR hati?”
Suci… abadi…
_______________________________________________________________________________

MASIH DISINI

Di saat malam kelam
Bila purnama tak lagi sudi menggerakkan cahaya
Di saat seisi alam sunyi
Bila tiada lagi yang harus dikongsi
Pandanglah ke sisi
Aku tetap di sini
Menemani…..

Di saat kecewa bertandang
Bila sekeping hati sekali lagi dilukai
Di saat tiada lagi yang selayaknya bergelar teman
Bila di kiri dan kanan hanyalah duri yang dijejaki
Pandanglah ke sisi
Aku masih di sini
Menengasihi..
Atau MUNGKIN
Mencintai..

Menurut janji….

_____________________________________________________________________________

Aku tujukan kepada SANG SETIA..
Di mana dulu aku tujukan kepada mu..
Di mana dahulunya hanya kau yang Satu

Tapi itu DULU…

cam haram je tulis menatang nieh..hahaha
____________________________________________________________________________

khilaf

5.33am
Jangan tersangkut pada duri
Takut bernanah.
Umpama cinta yang kau harapkan..

Cinta tak pentingkan persahabatan.
Apa yang lebih kasihan adalah memaksa diri
Mencintai seseorang.
Dan lebih menyedihkan harapan di agungkan..

Dan lagi menyedihkan harapan menjadi racun dalam duri..

Waktu berdetik…
Sang cahaya merisik…
Supaya siang menyinsing…
Alunan iman bergema..
Adakah hati begitu juga?
Bergema umpama menahan gelombang jiwa

Seperti tiada kelopak mata..
Jaga.. leka dibisik kalbu..
Entah tersesat dimana

Masa silam punca segalanya..
Memaksa menjadi duri..
Sang setia hilang tanpa arah.

Hari ini merupakan memori untuk esok
Itupun kalau ada hari esok..

Korang paham ke? Hadoii
Haha haku men bedal je tulis..

Thursday, August 26, 2010

angin




Cinta yang datang bagaikan angin, perginya jua seperti angin..
Hidup diselitkan dengan pelbagai perpisahan, namun ia menghuraikan keindahan dan kenangan cinta yang pendek..

Isnin Uitm 2009

“Okeyh presentation proposal concept plan bersambung lepas rehat
Pukul 11 masuk balik”, en joe selaku studio master bagi break sama haku dan rakan sekelas.
Seorang yang sukar diramal sikapnya.

“piiii” sahabat ku menegur…
“Pahal z?”.bertanya walaupun tau apa tujuan aku dipanggil..
“camnie r kua xajak!”,
“ah kau ingat ko awek aku ke nk dijemput-jemput, sentap macam pompuan, ingat aku nk pujuk!”.

“Hehe.. sap rokok lu bru break”.. jalan bermengah-mengah dengan badan yang agak besar cam kaki pukul. Lagaknya berjalan seperti berani dalam gelap, takut dalam terang..
“Hahaha aku taula. port biase bilik termenung”…. “fiq ko lepak lu kat cafĂ© nant aku datang”. berpesan terhadap sahabatku yang mengiringiku keluar kelas.
“Okey”.pendek sambutannya

Bilik termenung @ tandas blok annex II falkuti perancangan, senibina dan ukur
10.10am

“Pi ko bley nk ade awek?” asap berkepul2 memenuhi ruang, umpama udara yang berharga mesti diperoleh. Sungguh khilaf.
“Aku terlalu macho untuk ade awek hahaha”. Imbauan terlontar kebelakang waktu. Saat itu seperti semalam berlalu.segar dalam duka.haha. mencari2 sang setia yang sesat entah hilang kemana.

“Macho lu ley simpan dalam lockerla”..
“ade awek xmarketla der..hahaha” dalam tawa ada tangis. Memalukan.
Asap dihembus membelai muka membawa pergi kenangan lalu..

Berpisah adalah salah satu wajah cinta..

Tadi bru prolog. Nie bab 1 haha.

Bagi Butter paper segulung!
Awak, Board A3 tiga!
Nk Artline 0.1 sebatang!

Kini aku berada di kiosk. Suasana hingar bingar..
Masing-masing mencuri masa menyiapkan proposal juga mungkin..

Dalam keadaan suasana riuh rendah masa terhenti.. mata seperti tiada kelopaknya.
Melihat satu penjuru yang bisa menggugurkan jiwa..

“woi, kalau kau berani tegurlah”… suasana berkecai kembali seperti sediakala..
“kacau r ko z. taman dalam hati bru bergegar”.. pertama kali ku melihat wajahnya sukar digambar perasaan waktu itu..
“itu pun kalo dapatlah.haha.” menyalakan api di tempat berminyak..
“kasar tu der. Ini sopi anak yadi la”..

Mata bertentang, mata seolah-olah berbicara,hati pula berkata-kata biarpun tidak diluahkan.hanya fikiran sahaja mengarang bermacam-macam ayat pertuturan.

“Ahh belum cuba belum tahu’.monolog dalaman berbisik..

“Hye saya saufy..
Saufy abadi….

Erk saye..
Saye xconfident tapi buat2 confident
Saye xberani tapi buat2 berani..
Saye xhensem tapi buat2 hensem…
Saye xgentle tapi buat2 gentle..”

“So..
Boleh saye berkenalan??
Hehehe”…

Amacam permulaan ayat aku ok x?
Hahaha
“Xmalu ko sopi”.suara hati menggeletek… dari mana kekuatan itu muncul aku pun xtau..

Otak ligat merangka ayat yang bisa menggegar kalbu si hawa

“Ermm….
Kalau dijadikan mata ini tiada penutupnya
Akan ku tatap wajah mu selama mana…
Cewah Hehe”..

Ley cair x?
Hahahhaa

Tapi xterluah jua.. terlalu awal mungkin…

Matanya besar bulat bersinar, bertudung litup, roman wajah yang polos, ayu. Bulu mata yang agak tebal, bibir mekar, berkulit putih… aduhhh…
Berdebar... hehe

Tiada jawapan darinya..malu bertakung.haha .Masa berlalu terlalu pantas lalu aku pergi..
“Ada jodoh kita jumpa lagi”. Hati berbisik…
“Esok lusa ada lagi”……



Esok yang entah bila semalamnya…

“apakah harta kekayaan boleh membeli cinta yang benar-benar tulus?” sesekali menduga..
“tak, ia merupakan sebahagian dari rasa bahagia manusia. Ia merupakan ukuran setiap manusia”. Lancar bahasanya..

Adakah ungkapan ini benar-benar tulus dari hati..
Atau sekadar sandiwara…

Ia datang bagaikan angin….. nyaman..bahagia
Dan waktu itu..

Woman if you kiss her, you not gentleman. If you don’t, you are not a man.

Lumrah..
Perasaan mendahului akal..

Semester 6

Perpisahan semakin mendampingi, namun kita tidak perasan kehadirannya.. berhadapan dengan orang yang tercinta… sedikit demi sedikit…semakin pudar..
Siang dan malam aku teruskan bertanya
Sampaibilakah..

Ya ia pergi jua bagaikan angin….
Mungkin asbab datangnya bagaikan angin…

Cinta lama
Biarkan ia terus berlalu bagaikan mimpi hilang dimata..

Hari ini..

Hari ini aku gembira..
Cuma sesekali sunyi bertandang…
Cuma sesekali rindukan sang setia.. hilang kemana..
Pulanglah agar aku benar-benar bahagia…

Aceceh hahaaha
Cam haram je tulis bende nie haha..