Tuesday, May 18, 2010

azimat

Hari ini mungkin hari terakhir di perak..
Setelah lebih kurang seminggu aku berseorangan di rumah sewa yang tercinta ini.
Tanya aku ape aku buat lame-lame kat sini?
Padahal sume dah xde…

Misteri jawapannya.. haha

Bagaimana pengakhirannya..?
Ditemani sampah sarap hasil peninggalan penghuni rumah ini

Kosong…
Sepi..
Sunyi..

Adakalanya seram..

Bagaimana mengatasi suasana ini, mengemas rumah… basuh jamban.. basuh moto
Tengok movie yang dah tengok.. lepak tepi tasik a.k.a lombong.. lepak mamak tengok tv..
pg cc.. sorang-sorang..

haha klaka bukan…
xde keje..

setiap malam aku ditemani asap sambil melayan emosi’
menguis rambut yang terhurai, menyibakkan ke atas, mengurut lembut kepala…
apa yang akan berlaku selepas ini?

Tanda tanya itu dibiarkan hanyut bersama tiupan angin bayu malam yang mengelus malas..
Membuang pandangan……
Kadangkala mengulum senyuman…

Dan seketika kebimbangan semakin hari semakin meruncing di hati dan fikiran..

Tika ini
Melepaskan segumpal nafas, menghamburkan keletihan, meraih segenap tenaga dan memulihkan semangat waja ke dalam diri..
Terhadap fasa kehidupan yang dilalui.

Angin menyapa ramah…
Terhadap lelaki yang kesorangan…


Sekali lagi bermonolog dalaman..

Hidup ini adalah cerita dan cerita itu semestinya ada awal dan akhirnya,
kekuatan pada cerita itu adalah pada kita sendiri..
kita yang mengawal cerita bukan cerita yang mengawal diri kita..
masih mencari bagaimana pengakhirannya..

tika ini aku memandang kebelakang..
mengutip cerita lama untuk dijadikan azimat menghadapai cabaran hidup..
kadangkala menahan geli hati yang menggeletek..
hahahaha

pengalaman yang dilalui
cabaran yang menyinggah…

ya.. azimat bagiku..
meneruskan cabaran hidup…

terus dan terus kejar…

2 comments:

  1. patot lah xbalik lagii.

    ReplyDelete
  2. padan muka ko pi duk lama2 kt perak..haha
    weh..ko di tag..huhu

    ReplyDelete